Kelantan FC gagal kejutkan PJ City, Sarawak 'kenduri gol' - Utusan Malaysia

Kelantan FC gagal kejutkan PJ City, Sarawak ‘kenduri gol’

KELANTAN FC banyak mempersia-siakan peluang ketika aksi berdepan PJ City sekali gus berputih mata untuk mara lebih jauh dalam aksi Piala FA musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kelantan FC hampir mengejutkan wakil Liga Super, Petaling Jaya City (PJ City) sebelum tunduk 2-1 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

The Red Warriors menampilkan aksi agresif hingga memaksa tuan rumah bekerja keras untuk menjinakkan wakil Liga Perdana itu.

Pasukan pelawat membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi bintang import baharu, Fadel Antar namun kedudukan itu sekadar bertahan enam minit sebelum Darren Lok meledak gol penyamaan buat PJ City.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Rezal Zambery Yahya terus memberi tekanan ke atas kubu lawan yang menyaksikan PJ City lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.

Bagaimanapun, semua peluang yang dicipta Kelantan gagal dimanfaatkan dalam bentuk jaringan.

Sebaliknya, tuan rumah yang lebih banyak bertahan berjaya memperolehi jaringan kemenangan menerusi Rames Perumal pada minit ke-79.

Di Stadium Negeri, Sarawak United ‘berkenduri’ gol apabila membelasah Ultimate FC 7-0.

Kesemua gol tuan rumah dijaringkan Boris Kok pada minit ke-9, Uche Agba (m-50, m-71) Shamie Iszuan (m-57), Ahmad Khairil Anuar (m-72), Zharmein Ashraf (m-80) dan Francis Kone (m-85).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya