Kehadiran Rafizi rancakkan politik negara - Utusan Malaysia

Kehadiran Rafizi rancakkan politik negara

AMINUDDIN Harun (kiri) dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kehadiran semula Rafizi Ramli yang mengumumkan untuk kembali aktif dalam politik sangat dialu-alukan.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kehadiran semula bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya merancakkan semula arena politik negara.

“Baguslah ramai pemimpin kembali semula bersama-sama dalam arena politik negara kerana masing-masing ada pengaruh tersendiri. 

“Saya berharap dengan kembalinya beliau ke gelanggang politik dapat merancakkan suasana politik negara. Saya juga tidak mahu melihat politik hambar sehinggakan masyarakat tidak keluar mengundi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Semalam, Rafizi dalam kenyataannya memaklumkan telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Keadilan dalam pemilihan parti itu akan datang. 

Sementara itu, Aminuddin menjelaskan, kehadiran semula Rafizi itu boleh menaikkan semula sokongan rakyat mengenai demokrasi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. 

“Setakat ini, saya belum lagi bertemu beliau. Itu tawaran beliau (Rafizi) untuk umum bertanding. Bagi saya, sesiapa pun boleh memberikan tawaran menawarkan diri bagi pemilihan parti,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya