Jentera Hamilton banyak masalah - Utusan Malaysia

Jentera Hamilton banyak masalah

Lewis Hamilton
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHRAIN : Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton berkata jentera yang dipandunya mempunyai banyak masalah menjelang pelumbaan pembukaan Formula Satu (F1) di Bahrain hujung minggu ini.

Hamilton berkata, kesukaran itu akan menyebabkan pasukannya menghadapi kesukaran untuk menjulang kejuaraan setidak-tidaknya dalam empat perlumbaan pertama.

Mercedes baru-baru ini telah membuat perubahan ketara terhadap jentera W13 bagi musim 2022 yang mana menjadikan mereka jauh ketinggalan di belakang jentera Red Bull dan Ferrari semasa ujian percubaan.

Hamilton dan rakan sepasukannya, George Russel telah menyuarakan kerisauan mereka mengenai jentera itu, kebanyakannya adalah berkenaan aerodinamik dan perubahan struktur.

“Perlumbaan ujian telah menjadi sukar. Beberapa tahun lalu, kami memiliki banyak hari untuk melakukan ujian percubaan tetapi sekarang kami cuma ada tiga hari sahaja.

“Sudah tentu tidak banyak pusingan yang dapat kami lakukan,” kata Hamilton yang bakal merampas kembali gelaran juara dunia musim ini daripada pesaingnya, Max Verstappen.

Jelas Hamilton, pada sesi ujian minggu ini, mereka masih dalam proses mengenal jentera dan usaha bagi meraih tempat pertama dalam empat perlumbaan awal mungkin agak sukar.

Masalah timbul apabila terdapat beberapa syarat baharu diperkenalkan musim ini.

Russell turut senada dengan pelumba utama Mercedes itu bahawa jentera itu bukan yang paling selesa untuk dipandu malah para pelumba juga berdepan tekanan.

Meskipun demikian, Hamilton masih teruja untuk mengalami perubahan ini bersama pasukannya malah dia dijadual berbincang bersama beberapa individu lain bagi membaiki masalah enjin.

“Selepas ini saya akan berjumpa dengan jurutera dari Brixworth untuk berbincang mengenai pemanduan, masalah enjin dan bagaimana untuk menjadikan jentera ini lebih laju,” ujarnya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya