Ganja 'senjata rahsia' Thailand untuk kembali tarik pelancong

Ganja ‘senjata rahsia’ Thailand untuk kembali tarik pelancong

ganja
Kompilasi gambar-gambar promosi produk berasaskan ganja yang boleh didapati di Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand akan menjadikan ganja sebagai ‘senjata rahsia’ untuk mengembalikan pelancong ke negara ini.

Setiausaha Suruhanjaya Kesihatan Awam Chatchai Trakulrungsi berkata, langkah negara itu menarik pengharaman barang larangan itu itu di samping mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik, akan membantu pelancongan di Thailand bangkit semula.

Memetik Siamrath, Chatchai membuat kenyataan pada hujung minggu pada persidangan ganja perubatan di Universiti Teknologi Rajamangala Surin.

Ramai pakar dan pegawai membincangkan faedah menyahjenayahkan tumbuhan itu, bukan sahaja untuk tujuan kesihatan, tetapi juga untuk ekonomi.

Walau bagaimanapun, sementara kafe dan kedai yang menjualnya telah muncul di seluruh Thailand. Produk yang dijual dikatakan tidak akan menyebabkan khayal. Ini kerana ekstrak bahan itu dengan lebih daripada 0.2 peratus komponen psikoaktif tetrahydrocannabinol, atau THC, kekal menyalahi undang-undang.

Dengan Thailand satu-satunya negara di Asia yang menarikan balik pengharaman penggunaan tumbuhan itu, negara ini mempunyai ‘senjata rahsia’ untuk menarik pelancong, kata Chatchai ketika bercakap pada persidangan itu.

Chatchai membandingkan jenis ganja Thai dengan ‘beras’ berdasarkan keunikannya, yang boleh menjadi titik jualan besar di pentas global.

Dia juga mendakwa bahawa sembilan daripada 10 pelancong ingin mencubanya dalam beberapa bentuk.

Persidangan itu yang bertajuk ‘Menyahjenayahkan Ganja Membina Kesihatan dan Mencipta Pendapatan”, adalah sebahagian daripada sesi penerangan mengenai menghalalkan ganja oleh Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Pelancong, orang awam dan ahli perniagaan hadir untuk mendengar seminar oleh pakar tentang cara menanam dan menjaga tanaman ganja secara sah di rumah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya