Gaji lewat, pemain Perak semakin dicengkam perasaan - Utusan Malaysia

Gaji lewat, pemain Perak semakin dicengkam perasaan

JURULATIH Perak FC, Yusri Che Lah tetap komited melatih pasukannya meskipun dilanda pelbagai masalah.- IHSAN Perak football Club
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain tengah Perak FC, Muhammad Firdaus Saiyadi bercadang angkat kaki pada jendela perpindahan kedua Mei ini jika pasukan itu terus dilanda kemelut lewat bayaran gaji.

Muhamad Firdaus, 26, tidak dapat menyembunyikan kekecewaan kerana sekali lagi terpaksa mengharungi peristiwa kelewatan gaji.

“Saya memang kecewa dan terasa seperti langsung tidak dihargai. Tiada siapa yang peduli nasib pemain. Mereka hanya nak suruh kami main tetapi kebajikan kami tidak dipedulikan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dibayar empat bulan gaji sejak November 2021.

Pemain yang mesra dengan panggilan Fi itu berkata, jika ada tawaran pasukan lain, dia tidak teragak-agak berpindah.

“Niat dihati nak tolong pasukan negeri sendiri tetapi lain pulak jadinya, ” kata pemain yang menyertai pasukan Perak sejak 2016.

Menurut pemain itu, dia bernasib baik kerana menumpang di rumah ibu-bapanya lantaran tidak terasa sangat kesempitan gara-gara gaji lewat.

“Saya malu dengan famili kerana walaupun bekerja tetapi tidak mendapat gaji selama empat bulan,”katanya.

Sementara seorang lagi pemain senior Perak FC masih boleh bersabar tetapi
menyuarakan perasaan tidak senang terhadap pemilik kelab itu, Impact Media and Communication (IMC) Sdn. Bhd gara-gara gagal menunaikan janji membayar gaji mereka, semalam.

Pemain paling senior dalam pasukan, Idris Ahmad walaupun kecewa tetapi menerima hakikat yang sedang berlaku.

“Memang saya kecewa kerana isu tunggakan gaji masih berterusan sejak tahun lalu.

“Saya ingat ia tidak akan berulang tahun ini kerana kelab di bawah jagaan majikan baharu.

“Malangnya nasib sama terus menimpa kami.

“Apa nak buat melainkan bersabar dan berdoa agar masalah ini berakhir segera,” kata pemain itu.

Idris yang terkenal dengan panggilan Wak dalam kalangan rakan-rakannya berkata setakat ini IMC berhutang empat bulan gaji iaitu sejak November.

“Setakat ini saya boleh bertahan kerana memiliki simpanan.

“Kena berjimat-cermatlah sedikit dan berdoa kuat agar kemelut yang membelenggu segera berakhir,” katanya.

IMC berjanji untuk menyelesaikan tunggakan gaji semua pemain iaitu empat bulan pemain senior dan dua bulan pemain baharu semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya