Ekonomi negara berkembang sejak UMNO terajui kerajaan - Utusan Malaysia

Ekonomi negara berkembang sejak UMNO terajui kerajaan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ekonomi negara kita berkembang sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat berbanding menguncup 4.5 peratus pada suku ketiga tahun 2021 sejak UMNO menerajui semula kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah eksport negara pula meningkat sebanyak RM28.2 bilion (Ogos-Dec 2021).

Katanya yang juga Naib Presiden UMNO, pengukuhan ekonomi itu disokong dengan aliran masuk Pelaburan Terus Asing (FDI) sebanyak RM24.7 bilion pada suku tahun keempat berbanding RM12.8 bilion bagi suku ketiga sekali gus bukti keyakinan para pelabur luar negara terhadap kerajaan pimpinan UMNO.

“Namun sejak saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya telah menggerakkan seluruh jentera Kerajaan untuk menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi. Rekod vaksinasi kita adalah antara yang paling terbaik di dunia.

“Kita berdoa dengan pengumuman fasa peralihan ke endemik mulai 1 April 2022 dapat merancakkan semula ekonomi negara dan membantu rakyat dalam memperoleh pendapatan seperti sedia kala,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya