Dua pegawai  TLDM cedera, kenderaan dinaiki langgar lembu di lebuh raya - Utusan Malaysia

Dua pegawai  TLDM cedera, kenderaan dinaiki langgar lembu di lebuh raya

TANGKAP layar rakaman video sebelum kejadian sebuah kenderaan melanggar seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 249.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Seremban awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka melanggar seekor lembu dalam kejadian di Kilometer 249.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Senawang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, Unit Siasatan Lebuh raya (USLR) pada awalnya telah menerima maklumat berlaku kejadian kemalangan di lokasi yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda pada pukul 3.15 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan terbabit dari Kulai ke Kem TLDM Lumut memandu di lorong kanan dan telah terlanggar seekor lembu yang berada dalam laluan kenderaan itu.

“Perlanggaran telah menyebabkan kenderaan jenis Ford Ranger itu berpusing dan berhenti di lorong kiri. Kejadian melibatkan kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, ketika kejadian permukaan jalan adalah lurus dan cuaca baik manakala keadaan gelap dan tiada lampu jalan.

Rakaman video kejadian tersebut turut tular dalam media sosial dan rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana haiwan ternakan seperti lembu tersebut boleh berada di lebuh raya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya