Dakwa Nur Assyira tidak benar - Firdaus - Utusan Malaysia

Dakwa Nur Assyira tidak benar – Firdaus

FIRDAUS ARSHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengurus Skuad Berbasikal Sukan SEA Vietnam, Firdaus Arshad menafikan kenyataan pelumba Perak, Nur Assyira Zainal Abidin bahawa nama atlet itu tidak tersenarai sebagai wakil kebangsaan untuk menyertai temasya sukan edisi ke-31 itu.

Tegas Firdaus, sehingga semalam, pihaknya masih belum menerima senarai nama akhir bagi acara berbasikal bukit daripada jawatankuasa terlibat untuk diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 12 Mac ini.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Firdaus berkata Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak pernah bersikap berat sebelah kepada mana-mana atlet kerana badan induk itu sendiri sebelum ini terpaksa membuat rayuan kepada MOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memohon acara berbasikal bukit disertakan dalam Sukan SEA.

“Sekarang, apabila permohonan telah diluluskan, pasti kami mahu menampilkan pelumba yang terbaik dan berpotensi memberi saingan hebat. Persoalannya sekarang, dari mana Assyira mendapat maklumat bahawa dia diketepikan?”

“Sebelum ini, MOM dan MSN hanya menetapkan penyertaan Jupha Somnet, pelumba acara lebuhraya sahaja yang layak secara merit untuk mewakili sukan berbasikal ke Sukan SEA Vietnam nanti. Bila rayuan kita akhirnya diterima untuk menyertai acara berbasikal bukit, takkanlah kita mahu mensia-siakan peluang ini?,” katanya.

Sukan SEA
NUR Assyira Zainal Abidin (tengah) menerima hadiah kemenangan selepas memenangi acara Wanita Elite Kejohanan Basikal Bukit (MTB) Kebangsaan 2022 di Putrajaya Sabtu lalu.

Kelmarin, Nur Assyira meluahkan kekecewaannya kerana tidak terpilih dalam senarai atlet kebangsaan meskipun mendapat tempat pertama dalam kejohanan Wanita Elite Berbasikal Bukit (MTB) Kebangsaan 2022, di Putrajaya Sabtu lalu.

Ujar Firdaus, MOM dan MSN bersetuju meletakkan kuota seramai tujuh pelumba bagi menyertai acara itu dengan senarai nama akhir perlu diserahkan kepada mereka selewat-lewatnya, Jumaat ini.

Menurutnya, pihak PKBM melihat peluang ini sebagai langkah baik bagi para atlet mempamerkan kebolehan meskipun acara itu tidak termasuk dalam sukan prospek pilihan pada awalnya.

“Pada mesyuarat pemilihan atlet minggu lalu, MOM dan MSN memberi cadangan kepada PKBM untuk beri tumpuan kepada proses pembangunan atlet dan program berbasikal bukit kerana acara itu tidak pernah menyumbang sebarang pingat sepanjang penyertaan ke Sukan SEA sebelum ini.

“Kita sepatutnya berterima kasih kerana rayuan kita diluluskan, kita tidak sepatutnya membincangkan soal kecewa atau tidak,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya