Akta 342 tidak akan dibentang dalam Parlimen - Utusan Malaysia

Akta 342 tidak akan dibentang dalam Parlimen

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak akan dibentangkan dalam Parlimen.

Menjelaskan perkara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu merupakan hasil perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak bersetuju denda itu dinaikkan yang disifatkan membebankan rakyat.

“Ingin saya jelaskan bahawa akta tersebut tidak dibentang. Akta 342 yang lama masih kekal dengan SOP denda RM1,000 seperti yang telahpun dikenakan kepada mereka yang melanggar.

“Di Johor pun baru-baru ini saya kena lima kali, difahamkan Boss ku pun kena lima kali. Kalau lima kali RM500,000, tak mampu saya bayar. Duduk dekat dalamlah…” katanya dalam ucapan  penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Menurut pindaan akta 342 yang ingin dibentang sebelum ini, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini, manakala kompaun sehingga maksimum RM1 juta bagi pertubuhan perbadanan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya