Akhyar 'hadiah' Pan Gon kemenangan pertama - Utusan Malaysia

Akhyar ‘hadiah’ Pan Gon kemenangan pertama

AKHYAR RASHID berjaya membuktikan dia memiliki sentuhan penyudah yang tajam apabila meledak dua gol dalam aksi persahabatan Tier 1 menentang Filipina di Stadium Nasional, Singapura malam ini.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon berjaya melepasi ujian pertamanya selepas mengendali skuad kebangsaan melakar kemenangan 2-0 ke atas Filipina dala aksi persahabatan pertama di Stadium Nasional Singapura, sebentar tadi.

Dalam aksi itu, skuad negara bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga hasil ledakan pemain sayap kiri, Akhyar Rashid.

Selepas memperolehi gol pertama, anak buah Pan Gon mula memperlahankan tempo permainan untuk lebih banyak mengusai bola.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-24 apabila melakukan rembatan kencang selepas menerima umpanan cantik daripada Syafiq Ahmad.

Kemenangan itu, sudah tentu bakal menambah mata kepada skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-154 apabila menewaskan Filipina yang berada di tangga ke-129 dunia.

Bersambung babak kedua, beberapa pertukaran dilakukan dengan memasukan pemain simpanan nyata tidak mampu meneruskan corak permainan pantas yang dipamerkan kesebelasan utama.

Bagaimanapun, beberapa peluang masih mampu dicipta namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan sekali gus masih banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan barisan kejurulatihan Pan Gon sebelum berdepan Singapura, Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya