8 tunjang ikrar PN - Utusan Malaysia

8 tunjang ikrar PN

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) menyediakan ikrar berteraskan lapan tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 144 pendekatan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ikrar itu bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada mendapat limpahan manfaat hasil pembangunan pesat negeri dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

“Ikrar yang ditawarkan ini bukan retorik semata-mata.

“Ikrar ini adalah suatu komitmen yang realistik dan praktikal bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak adalah sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan prihatin rakyat,” katanya dalam ucapan di Majlis Pelancaran Ikrar PN di Hotel Trove di sini hari ini.

Lapan tunjang itu merangkumi kepimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah, tumpuan kepada keutuhan ekonomi Johor serta tangani kos sara hidup.

Selain itu, keprihatinan kepada rakyat dan menjamin kesejahteraan sosial, meningkatkan kecekapan infrastruktur, kembali merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya