ZPP sasar kutipan zakat RM161.5 juta - Utusan Malaysia

ZPP sasar kutipan zakat RM161.5 juta

AHMAD ZAKIYUDDIN Abdul Rahman (dua dari kiri) dalam majlis pembentangan Laporan Prestasi ZPP 2021 di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH:  Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM161.5 juta tahun ini yang disumbangkan kira-kira 79,500 pembayar. 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, angka sasaran terbabit dibuat berdasarkan komitmen pembayar zakat tahun lalu. 

“Kita optimis dapat mencapai sasaran kerana berdasarkan prestasi tahun lalu, kesedaran pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab meningkat walaupun berdepan pandemik Covid-19. 

“Meskipun dalam situasi sukar termasuk ketidakstabilan ekonomi, keyakinan pembayar zakat terhadap ZPP tetap utuh sekali gus meyakinkan kita untuk mencapai sasaran ditetapkan,” katanya semasa membentangkan Laporan Prestasi ZPP 2021, di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, ZPP mencatatkan peningkatan kutipan zakat harta dan fitrah dengan jumlah keseluruhan RM147.2 juta daripada 74,183 pembayar zakat tahun lalu. 

“Berbanding tahun 2020, ZPP mengutip RM130.8 juta bagi tempoh sama menerusi 70,677 pembayar zakat.  Jumlah pembayar zakat bagi tahun lalu meningkat 4.96 peratus berbanding 70,677 individu pada 2020,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya