Wilayah Persekutuan mercu tanda kejayaan negara - Utusan Malaysia

Wilayah Persekutuan mercu tanda kejayaan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang disambut hari ini.

Perdana Menteri berkata, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan negara, tetapi merupakan wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

“Malah pada hari ini juga genap usia Kuala Lumpur yang ke-50 diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia.

“Semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan dan di seluruh Malaysia amnya, dalam melangkah ke hadapan ke arah negara maju dan sejahtera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Hari Wilayah Persekutuan ini merupakan sambutan kali ke-18, sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya