Warga asing kembali monopoli pasar Chow Kit - Utusan Malaysia

Warga asing kembali monopoli pasar Chow Kit

Sebahagian peniaga yang dipercayai warga asing menjual barangan kering seperti sayur-sayuran ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas ‘hilang’ semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) peniaga warga asing kini dilihat kembali menguasai pasar borong sehingga menjejaskan peniaga tempatan.

Tinjauan Utusan Malaysia di pasar Chow Kit kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati, rata-rata gerai yang terdapat di situ dikuasai warga asing sama ada sebagai pengusaha atau pekerja.

Lambakan peniaga asing itu kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia manakala pekerja asingnya pula daripada etnik Rohingya dan Bangladesh.

Mereka dipercayai ‘dijaga’ pi­hak tertentu yang sering me­nya­lurkan maklumat sekali gus ti­dak takut untuk menjalankan perniagaan di pasar borong tersebut.

Beberapa peniaga tempatan yang ditemui juga mengeluh ke­rana perniagaan mereka terjejas berikutan kebanjiran warga asing di pasar tersebut.

Seorang peniaga tempatan yang enggan dikenali berkata, dianggarkan 90 peratus daripada gerai di pasar tersebut dikuasai peniaga warga asing terutamanya Indonesia.

Katanya, mereka kebanyakannya menyewa sehingga tiga tapak daripada orang tempatan dengan setiap tapak itu disewa RM1,000 sebulan.

“Saya pernah berborak de­ngan peniaga warga asing itu, setiap bulan mereka dapat capai (hasil jualan) sehingga RM20,000. Jadi itu sudah boleh untuk membayar sewa tapak, tanggung anak isteri di sini dan hantar duit ke kampung halaman.

“Namun, apabila ada pihak penguat kuasa nak buat operasi (gempur), mereka sudah lari dahulu atau penyewa turun berniaga atau kadang-kadang, mereka bagi pekerja tempatan untuk jaga gerai.

“Sekiranya Jabatan Imigre­sen atau pihak DBKL nak turun operasi di sini pun, semua dah bersiap sedia sebab ada orang jaga mereka ini dan tahu bila masanya operasi itu untuk mereka larikan diri,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, peniaga itu berkata, kebanjiran peniaga warga asing yang menjual tiga kali ganda lebih murah itu sedikit sebanyak mengganggu hasil jualan peniaga tempatan yang menjalankan perniagaan.

“Peniaga asing banyak ambil barang dari Indonesia, jadi mereka dapat harga murah dan boleh jual murah, tetapi apabila kami (peniaga tempatan) ambil dari pembekal yang sama, mereka tolak tiga kali ganda mahal kepada kami.

“Contoh kami jual barang jamu (sayur buat jamu) kira-kira RM30 sekilogram, tetapi peniaga asing boleh jual RM10 sekilogram sebab mereka dapat dengan harga RM4 atau RM6,” katanya.

Seorang lagi peniaga tempatan yang tidak mahu dikenali kesal dengan pelesen yang menyalahgunakan atau menyewakan lesen kepada warga asing.

Katanya, dia sendiri pernah memohon lesen beberapa kali, tetapi tidak pernah diluluskan menyebabkannya terpaksa menyewa kepada orang lain.

“Tetapi apabila meniaga dengan hasil pun tak seberapa, harga makin naik memang sa­ngat menyukarkan saya.

“Saya pun pernah terfikir untuk melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi apabila pihak berkuasa turun, mereka (peniaga asing) masih boleh lagi berniaga.

“Kita bukan nak musuh de­ngan orang, tetapi saya sedih sangat orang kita sendiri bodoh bagi sewa kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan.

“Kadang-kadang nak dapat RM100 sehari pun susah, tetapi mereka boleh sebab jual murah.

“Kita pun orang tempatan dah tentu cari gerai orang tempatan. Jadi bayangkanlah sini pelanggan asing juga ramai yang dah tentu beli dengan peniaga bangsa mereka saja,” keluhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya