Wanita maut dipercayai terjatuh bangunan - Utusan Malaysia

Wanita maut dipercayai terjatuh bangunan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita ditemukan dalam keadaan hancur pada badan dan kepala selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah menara di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields dekat sini hari ini.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu di lobi menara berkenaan pada pukul 6.41 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri mangsa di lokasi kejadian.

Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Polis menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya