Wan Ahmad Fayhsal dilantik Timbalan Ketua Pemuda PN - Utusan Malaysia

Wan Ahmad Fayhsal dilantik Timbalan Ketua Pemuda PN

WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilantik sebagai antara Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Timbalan Ketua Pemuda PN itu turut diwakili Kong Soon Choi dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jamain Sarudin dari Parti Maju Sabah (SAPP), Wong Chia Zhen dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Afnan Hamimi Tab Azamudden daripada Pas.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan media berhubung pembentukan Jawatankuasa Pemuda PN, hari ini. 

Menurut Ahmad Fadhli, ketetapan pelantikan jawatankuasa itu adalah berdasarkan peruntukan Fasal 23 Perlembagaan PN (Pindaan 2021). 

Dalam pada itu, Muhd Khidhir Izaidin daripada Pas dilantik sebagai Setiausaha, Muhammad Faiz Rahmad daripada Bersatu pula sebagai Penolong Setiausaha jawatankuasa Pemuda PN itu. 

Khairul Nadir Helmi Azhar daripada Pas juga dilantik sebagai Ketua Penerangan jawatankuasa Pemuda itu, manakala Syafiq Mohd Zin daripada Bersatu sebagai Bendahari. 

Ahli jawatankuasa Pemuda PN itu juga merangkumi Mohd Hafez Sabri (Pas), Abqaree Fawwaz Abekan (Bersatu), Dexter Chin Chen Sang (SAPP), Prem Beachile Kitingan (STAR) dan Ir Ong Kean Sing (Gerakan), Hendri Hamsah (Pas) dan Khairul Amilin Abdullah Shukor (Bersatu). 

Selain itu, Dr. Brister Mokujal (SAPP), Rizal Johari (STAR), Andy Tan Hum Wei (Gerakan), Dr. Siti Mastura Muhammad (Pas), Mohamad Syafiq Razkhi (Bersatu), Paul Chong Yaw Po (SAPP) dan Jess Joel Moriga (STAR). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya