VTL udara bakal dibincang PM bersama Kerajaan Brunei - Utusan Malaysia

VTL udara bakal dibincang PM bersama Kerajaan Brunei

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Bandar Seri Begawan, Brunei selama dua hari bermula esok.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pasca Covid-19 yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Ini termasuk perbincangan mengenai cadangan pengwujudan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara di antara Malaysia dan Brunei.

“(Turut bakal dibincangkan) kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi,” kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan, pertemuan akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang akan dihoskan Seri Paduka Sultan Brunei dan Perdana Menteri juga bakal menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan.

Pada lawatan berkenaan, Ismail Sabri akan diiringi isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lawatan ini dirancang dan dikendalikan berdasarkan tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Malaysia dan Brunei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya