[VIDEO] 1,500 pokok getah muda dimusnahkan kawanan gajah liar di Kuala Sat, Ulu Tembeling - Utusan Malaysia

[VIDEO] 1,500 pokok getah muda dimusnahkan kawanan gajah liar di Kuala Sat, Ulu Tembeling

SEORANG peserta Tanam Semula Berkelompok melihat baja tanaman pokok getah turut dirosakkan dan bersepah di sebuah pondok pekebun di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Hasil usaha dan titik peluh seramai 17 orang peserta Tanam Semula Berkelompok (TSB) tidak berbaloi dan berakhir apabila pokok getah muda dimusnahkan oleh gajah liar di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling dekat sini.

Kawanan gajah liar dipercayai terdiri daripada empat hingga enam ekor itu memusnahkan kira-kira 1,500 anak pokok getah berusia lebih dua tahun milik peserta TSB di situ ketika menceroboh kebun mereka pada awal pagi tadi.

Peserta TSB Kuala Sat, Ikmal Razali, 28, berkata, dia terkejut melihat banyak batang pokok getah dipatahkan dan tumbang dirosakkan oleh gajah liar itu.

“Sebelum ini, kawanan gajah liar yang kerap berkeliaran keluar dari hutan dan melintas jalan raya berdekatan kampung ini, tetapi tidak pernah memasuki kawasan kebun getah penduduk di sini.

 

KESAN pencerobohan kawanan gajah liar memusnahkan 1,500 batang pokok getah muda di kawasan Tanam Semula Berkelompok Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang.

“Kejadian ini telah disedari oleh penduduk di sini pagi yang masuk ke kebun untuk membersihkan tanaman ini lalu bertukar gempar dengan kejadian ini,” katanya di Kampung Kuala Sat di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Rahimi Othman, 32, berkata, gajah liar itu tidak takut walaupun kawasan terbabit dikelilingi pagar elektrik menggunakan tenaga solar dan berjaya melepasi halangan sehingga merosakkan tanaman getah mereka.

“Kebanyakan peserta TSB amat kecewa apabila mendapati anak getah yang sedang membesar itu dimusnahkan oleh haiwan liar berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 58, berkata, pihaknya. telah memaklumkan kejadian itu  kepada Jabatan Peidungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Beliau yang juga peserta TSB kampung tersebut berkata, ancaman gajah liar itu memberikan impak kerugian pekebun di situ kerana mereka telah mengusahakan tanaman itu sejak dua tahun lalu sambil berharap dapat menoreh dan memperoleh hasil beberapa tahun lagi.

“Apapun kita reda dengan ujian Allah SWT sambil berharap supaya ada tindakan pihak berwajib menangani ancaman haiwan liar yang juga kerap berlaku di kawasan pertanian tempat lain berdekatan kampung ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya