UTM komited laksana APEL.Q galakkan PSH - Utusan Malaysia

UTM komited laksana APEL.Q galakkan PSH

MOHAMAD Shatar Sabran dalam sesi perkongsian pada Sesi Jelajah MQA @ Zon Selatan di Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited menjadi Pusat Penialaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) bagi tujuan penganugerahan kelayakan akademik (APEL.Q).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, inisiatif UTM itu memperluas akses dalam kalangan masyarakat di selatan tanah air untuk meningkatkan kelayakan akademik masing-masing.

Beliau berkata, usaha UTM itu selaras dengan inisiatif pendidikan fleksibel yang diuar-uarkan dan diusahakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), selain menyemarakkan lagi agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global. 

“MQA akan sentiasa memberi sokongan, khidmat rundingan dan panduan kepada IPT untuk melaksanakan APEL.Q yang mana pasaran APEL ini sangat besar kerana kira-kira 60 peratus tenaga kerja di Malaysia layak untuk mengikutinya. 

“APEL.Q ialah pengiktirafan kelayakan akademik kepada individu yang pengalamannya dinilai menerusi empat peringkat sebagai memenuhi hasil pembelajaran sesuatu program berakreditasi penuh ditawarkan oleh IPT tempatan,” katanya selepas sesi perkongsian pada Sesi Jelajah MQA @ Zon Selatan yang dihadiri 100 warga dari 40 IPT dari sekitar Johor, di sini, baru-baru ini.

Sesi jelajah itu menjadi antara program berfokus MQA untuk bertukar pandangan secara terus dengan pihak IPT dalam konteks jaminan kualiti pengajian tinggi di samping mempromosi inisiatif PSH seperti APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan Micro-Credentials serta menggalakkan lebih banyak IPT menjadi Pusat Penilaian APEL. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya