USIM pantau keadaan pelajar terlibat kemalangan bas

USIM pantau keadaan pelajar terlibat kemalangan bas

SEBAHAGIAN daripada 17 pelajar berkumpul di tepi selepas terlibat dalam kemalangan di Bandar Baru Nilai, Nilai, Seremban, pagi tadi. - FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memantau keadaan pelajarnya yang terlibat dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas di Nilai Square, Bandar Baru Nilai, di sini pagi tadi.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan berkata, pihak universiti melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan sentiasa mengutamakan kebajikan semua pelajar yang terlibat.

“Pihak USIM melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan terus memantau keadaan semasa pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan urusan kebajikan pelajar yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan universiti. 

“Tindakan lanjut akan diambil selepas mendapat laporan penuh daripada pihak berkuasa,” katanya.

Seramai empat orang pelajar USIM dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Raihan Che Mat berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.41 pagi.

Jelas beliau, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya menerima laporan mengenai tumpahan minyak di atas jalan raya berhadapan restoran makanan segera, McDonald’s , Bandar Baru Nilai dan terdapat sebuah bas dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok kemungkinan akibat tumpahan minyak berkenaan. 

“Terdapat empat orang pelajar cedera di tangan, pergelangan tangan dan ada yang cedera di bahagian tulang belakang. Kesemua pelajar terbabit telah dihantar menggunakan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan ambulans Kementerian Kesihatan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), ” katanya.

Sementara itu, Pusat Komunikasi Strategik USIM memaklumkan lagi, kesemua empat yang cederakan merupakan pelajar Tamhidi (Asasi) universiti terbabit.

“Seramai 17 pelajar dalam perjalanan ke kampus menaiki bas sewa khas itu dalam perjalanan ke kelas kuliah. 

“Empat orang pelajar cedera telah dihantar ke (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut bagaimanapun, pemandu bas yang mengalami kecederaan ringan dan 13 orang pelajar lagi telah dibawa ke Pusat Kesihatan Universiti untuk mendapatkan rawatan luar. Bas berkenaan dalam perjalanan mengambil pelajar dari Kolej Kediaman Nilam Court, USIM menuju ke kampus untuk mengikuti sesi pengkuliahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya