Ular sawa kenyang telan dua ekor ayam ditangkap - Utusan Malaysia

Ular sawa kenyang telan dua ekor ayam ditangkap

DUA anggota APM menunjukkan seekor ular sawa yang ditangkap di Penjara Satelit di Kem Bukit Besar, Kulim hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan dua ekor ayam ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Penjara Satelit di Kem Bukit Besar di sini hari ini.

Pegawai APM Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai ular sawa sepanjang tiga meter dan berat 10 kilogram itu kira-kira pukul 8 pagi.

Katanya, pekerja di penjara tersebut memaklumkan mereka terdengar bunyi bising ayam yang berada di dalam reban yang terletak di belakang rumah kakitangan.

Menurutnya, pekerja berusia 42 tahun itu kemudian mendapati seekor ular sawa berada di dalam reban ayam tersebut.

“Pengadu bertindak menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan dan lima anggota APM  tiba di lokasi kemudian mengesan ular terbabit yang masih berada di dalam reban.

“Anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular itu yang bersembunyi di dalam reban ayam terbabit,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Faizol berkata, selepas ditangkap ular sawa terbabit memuntahkan dua ekor ayam yang ditelan itu.

“Ular sawa itu kemudian dibawa balik ke Pejabat APM Daerah Kulim sebelum dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya