Tiga warga Myanmar tangkap ikan tanpa kebenaran ditahan - Utusan Malaysia

Tiga warga Myanmar tangkap ikan tanpa kebenaran ditahan

TIGA warga Myanmar yang ditahan kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Kuala Kurau dekat Parit Buntar, Perak, semalam. - IHSAN APMM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Tiga warga Myanmar yang menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Kuala Kurau di sini, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, bot nelayan kelas C itu dikesan pada pukul 11.25 pagi ketika rondaan rutin di kedudukan 12.2 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau sedang menangkap ikan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, bot berkenaan segera dirapati untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga kru termasuk tekong berada di atas bot terbabit dan kesemua mereka merupakan warga Myanmar berusia 21 hingga 41 tahun. Pemeriksaan lanjut mendapati semuanya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan tiada sebarang dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing dikemukakan. 

“Sebanyak 1,320 kilogram hasil ikan campur dan 390 kilogram ikan baja turut ditemukan semasa pemeriksaan ke atas bot,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya