Tiga pulang ke JDT, satu positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiga pulang ke JDT, satu positif Covid-19

KETUA jurulatih skuad B-23 tahun negara, Brad Maloney bercakap bersama pemain ketika sesi latihan bagi persiapan menghadapi kempen Piala AFF B-23 di Kemboja.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara berdepan situasi sukar apabila kehilangan empat pemain dengan salah seorang disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan pantas (RTK) Antigen dilakukan, semalam.

Pengesahan itu dibuat pengendali negara, Brad Maloney berkata Safwan Mazlan dari Terengganu FC sudah diarahkan untuk dikuarintin.

Manakala tiga lagi pemain yang tidak bersama pasukan adalah tonggak dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Alif Mutalib, Umar Hakeem dan T. Shaheeswaran yang pulang bersama pasukan kerana komitmen kelab.

Tidak menunggu lama, Maloney segera mengambil tindakan pantas dengan memanggil empat tonggak utama Selangor FC II iaitu penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini serta Harith Haiqal Adam Afkar bagi menampung kekosongan tersebut.

Maloney masih optimis bahawa persiapan pasukannya masih berada di landasan yang tepat ketika saingan Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja hanya tinggal lima hari bermula Isnin ini.

“Sebahagian daripada protokol apabila semalam kita buat ujian RTK ke atas semua pemain, dan didapati seorang pemain terkena (Covid-19). Jadi kita asingkannya daripada pasukan dan pegawai perubatan sudah mengikut prosedur biasa dan pemain itu dan yang lain sudah membuat ujian PCR pada pagi ini.

“Hanya seorang saja (positif) dan semua pemain masih menunggu keputusan ujian PCR yang dibuat pagi ini, dan kami masih menunggu keputusan babitkan semua pemain,” katanya.

Pada kempen AFF di Kemboja nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan membuka saingan dengan menentang Myanmar di Stadium Prince pada 15 Februari ini.

Anak buah Maloney kemudian akan bertemu Laos pada 18 Februari di venue sama sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi berdepan Indonesia di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya