Thinaah tidak akan diturunkan walaupun selesai kuarantin - Utusan Malaysia

Thinaah tidak akan diturunkan walaupun selesai kuarantin

M. THINAAH (kiri) dan Pearly Tan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peluang untuk Malaysia menurunkan beregu utama negara, M. Thinaah seandainya skuad wanita mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 pada Ahad tidak mungkin terjadi.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, memang benar Thinaah akan tamat kuarantin, esok, tetapi dia tidak menyertai sebarang latihan selama seminggu.

“Lagipun tidak adil untuk rakan sepasukan yang menggantikan Thinaah sepanjang dia menjalani kuarantin selama lima hari.

“Jadi, saya berpendapat lebih elok dia berehat dan skuad wanita akan mengekalkan barisan sedia ada,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Setia City, dekat sini.

Thinaah yang merupakan pasangan Pearly Tan disahkan positif Covid-19 sebelum skuad wanita negara sempat turun beraksi menentang Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan Y, Selasa lepas.

Keputusan tersebut menyebabkan Malaysia terpaksa menggantikan Thinaah dengan Valaree Siow untuk digandingkan bersama Pearly.

Skuad wanita negara yang muncul juara Kumpulan Y dijangka bertemu semula dengan naib juara, Jepun ataupun Korea Selatan yang menghuni tempat kedua Kumpulan Z.

Pertembungan antara juara kumpulan di mana Indonesia muncul juara Kumpulan Z tidak akan berlaku pada separuh akhir.

Undian semula bakal dilaksanakan sebaik perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi saingan lelaki selesai, petang ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya