Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark akhir 2022?  - Utusan Malaysia

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark akhir 2022? 

KERAJAAN negeri kini menggerakkan semula usaha untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai Geopark. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selepas tujuh tahun tertangguh, hasrat untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai Geopark dijangka dapat direalisasikan akhir tahun ini.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, permohonan terbaharu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan (JGK) selepas butiran terperinci dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Katanya, usaha kali ini akan diketuai oleh Pejabat Daerah Hulu Terengganu manakala pihaknya bertindak sebagai penyelaras.

“Buat permulaan kita menganjurkan Bengkel Pemurnian Dossier Geopark Tasik Kenyir bersama 15 jabatan di samping dua universiti, sekali gus berharap usaha kali ini berjaya.

“Geopark adalah aset penting bagi Terengganu dan bakal memberi manfaat daripada pelbagai sudut termasuk sektor pelancongan, ekonomi penduduk, peluang pekerjaan, pendapatan negeri dan menarik minat lebih ramai pelabur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Usaha menjadikan Tasik Kenyir sebagai Geopark bermula sejak 2015 dan dokumen berkaitan dihantar dua tahun kemudian, namun, gagal disebabkan beberapa faktor termasuk tiada pihak yang bersetuju untuk mengetuai rancangan itu.

Sementara itu, Tun Ahmad Faisal berkata, pewartaan tersebut tidak akan membebankan mana-mana pihak atau menjejaskan pendapatan sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya