Tanah sawah jadi kolam ikan - Utusan Malaysia

Tanah sawah jadi kolam ikan

KHAIROL Fikri Mohamed Amim memberi makan ikan ternakannya di kolam yang diusahakan di atas tanah sawahnya di Sungai Manik. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN PASIR SALAK 14 FEBRUARI 2022: KHAIROL Fikri Mohamed Amim memberi makan ikan ternakannya di kolam yang diusahakan di atas tanah sawahnya di Sungai Manik. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Masalah sistem perparitan dan pemotongan harga padi yang terlalu tinggi mendorong seorang pesawah di Sungai Manik dekat sini menjadikan tanah sawahnya sebagai kolam ternakan ikan.

Khairol Fikri Mohamed Amim, 34, mengambil keputusan mengusahakan kolam ikan tilapia dan sepat sejak tiga bulan lalu di atas tanah sawah sendiri di Parit 4A, Sungai Manik.

Menurutnya, keputusannya itu disebabkan sistem peparitan yang menimbulkan masalah untuk air keluar daripada petak sawah selain potongan harga padi yang tinggi.

“Keadaan parit buang air dekat petak sawah saya semak, macam mana kami nak alirkan air keluar dari sawah.

“Sistem pengairan yang tidak sempurna dan isu potongan harga padi yang tinggi mendorong saya menukar tanah sawah seluas dua petak kepada kolam ikan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, pesawah yang mengusahakan sawah padi di sini enggan mengambil risiko untuk menanam padi disebabkan masalah air dalam di petak sawah yang tidak dapat disalur keluar.

Katanya, berikutan masalah itu, ada pesawah yang menanam pokok kelapa sawit namun dia memilih menternak ikan.

“Saya yakin ternak ikan sepat dan tilapia mampu memberikan hasil yang lebih baik kerana nelayan darat juga menghadapi masalah untuk menangkap ikan di sungai,” katanya.

Mengenai ternakannya, Khairol Fikri berkata, buat permulaan dia menternak 10,000 benih ikan tilapia dan 10,000 benih ikan sepat di kolam seluas 250 kaki panjang dan 30 kaki lebar.

Menurutnya, dia menternak dalam dua sangkar berasingan tilapia dan sepat.

“Saya memilih menternak dua jenis ikan ini kerana penjagaannya mudah dan permintaannya tinggi.

“Saya memerlukan khidmat nasihat daripada pihak yang berkenaan untuk memastikan hasil yang baik dan mengembangkan lagi ternakan ikan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya