Tanah runtuh di pekarangan Balai Polis Tongod - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di pekarangan Balai Polis Tongod

KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi di pekarangan Balai Polis Tongod. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TONGOD: Hujan yang turun sejak petang semalam mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di pekarangan Balai Polis Tongod awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.45 pagi dan sekumpulan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 156 kilometer dari balai.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh di bahagian tepi perkarangan bangunan Balai Polis Tongod.

KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di pekarangan Balai Polis Tongod. – IHSAN BOMBA

Tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam kejadian tanah runtuh tersebut.

“Pasukan bomba kemudian memasang sawar-sawar dan memastikan tiada faktor bahaya lain.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.05 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya