Badminton: Skuad wanita masih jauh ketinggalan - Utusan Malaysia

Badminton: Skuad wanita masih jauh ketinggalan

badminton
AKSI Beregu wanita negara, Valeree Siow dan Pearly Tan ketika menentang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na dan Seong Seung Yeon, pada separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022, di Pusat Konvensyen Setia City, kelmarin UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menyaksikan persembahan skuad wanita kebangsaan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) khususnya ketika menentang Korea Selatan dalam separuh akhir, kelmarin, mendedahkan segala kepincangan yang wujud.

Kekalahan skuad utama negara ditangan pasukan kedua Korea Selatan menggambarkan standard dimiliki pasukan negara mempunyai jurang yang cukup jauh.

Hakikat itu diakui sendiri oleh Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann yang berpendapat masih banyak kekurangan perlu diperbaiki dan pasukan wanita Malaysia ketinggalan agak jauh berbanding negara-negara pencabar baik dalam aksi beregu mahupun perseorangan.

“Secara jujur pasukan kita memang banyak ketinggalan berbanding dengan negara lain.

“Kita harus mengakui kenyataan ini, tetapi kita juga tengah berusaha untuk mengurangkan jurang ini,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas pencapaian keseluruhan skuad wanita negara sepanjang BATC 2022.

Menurutnya, barisan kejurulatihan memerlukan sedikit masa lagi untuk memperbaiki kelemahan yang wujud supaya para pemain akan dapat lebih mempamerkan cabaran dalam permainan masing-masing.

Jelas Choong Hann, ada beberapa kelemahan daripada segi skil, ketahanan dan kekuatan mental yang perlu diperbaiki oleh barisan kejurulatihan.

“Tetapi kita juga nampak, pengubahsuaian yang dijalankan telah mula menampakkan hasil, cuma kita perlukan masa tertentu untuk tingkatkan mana-mana kelemahan yang wujud,” ujarnya.

Ketika ditanya pula mengenai perancangan untuk Piala Uber di Bangkok, Thailand, Mei ini, Choong Hann mengakui untuk skuad wanita mengharungi cabaran pada pertandingan itu amat sukar.

“Bagi saya situasi yang dihadapi skuad wanita adalah satu masalah yang bagus dan kita perlu mencari jalan penyelesaiannya.

“Kita memang tahu pasukan lawan handal-handal belaka, hakikat itu yang kita kena terima,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya