Ski Olimpik Musim Sejuk: Gremaud hampakan Ailing

Ski Olimpik Musim Sejuk: Gremaud hampakan Ailing

olimpik musim sejuk
Mathilde Gremaud (tengah) berjaya meraih emas Gu Ailing Eileen (kiri) meraih perak dan Kelly Sildaru (kanan) dari Estonia meraih gangsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Perebutan pingat ski gaya bebas slopestyle wanita di Olimpik Musim Sejuk mensajikan aksi yang menarik diantara tiga pemain daripada lapan yang bertanding, selepas perlawanan itu tertangguh akibat cuaca buruk dan angin kencang di Taman Salji Genting.

Pemain ski Switzerland, Mathilde Gremaud berjaya meraih emas selepas mendapat tentang sengit daripada Gu Ailing Eileen (China) yang meraih perak dan Kelly Sildaru dari Estonia meraih gangsa.

“Ia adalah hari yang gila. Saya hampir tidak layak ke final semalam (kelmarin), tetapi hari ini (semalam) adalah hari baharu dan saya bangun dengan tenaga yang baik.

“Saya sangat positif dan teruja untuk bermain ski. Kini saya telah memiliki set lengkap pingat Olimpik yang diimpikan semasa kecil,” kata Gremaud.

Gu mempamerkan semangat luar biasa apabila mengejar dari tempat kelapan selepas terjatuh sebelum meletakkannya dirinya di kedudukan kedua.

“Matlamat saya adalah untuk memenangi satu emas dan naik satu lagi podium, jadi saya telah mencapai matlamat itu dan saya akan ke acara terkuat saya [halfpipe] minggu depan,” kata Gu yang kini memiliki dua pingat dalam saingan Beijing 2022. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya