Semua orang miliki peluang sama termasuk Wan Kuzri- Maloney - Utusan Malaysia

Semua orang miliki peluang sama termasuk Wan Kuzri- Maloney

SEMUA pemain mempunyai peluang untuk berada dalam senarai akhir skuad ke Piala AFF B-23 di Kemboja, Februari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Brad Maloney berharap Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal dapat menyertai kem latihan sebelum pasukan berlepas ke Kemboja bulan ini.

Bagaimanapun, tiada jaminan buat pemain berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzri Wan Kamal untuk berada dalam senarai akhir pasukan sekiranya pemain itu gagal menunjukkan prestasi terbaik.

Wan Kuzri masih belum melaporkan diri dalam kem latihan skuad B-23 yang dilangsungkan sejak minggu lalu kerana memiliki isu peribadi yang perlu diselesaikan di AS dan sedang diselesaikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya telah berbual dengannya semalam dan dia kelihatan amat berminat untuk turut serta namun kita kesuntukan masa, harap-harap dia boleh sertai skuad secepat mungkin.

“Sekiranya dia kembali ke Kuala Lumpur, dia perlu menjalani kuarantin untuk tempoh tertentu dan sebaik sahaja dia selesai urusannya di AS kita akan buat keputusan muktamad berhubung perkara ini.

“Semua orang memiliki peluang yang sama… seperti yang saya telah katakan, pintu kami sentiasa terbuka, jadi masih terdapat ramai pemain yang layak menyertai pasukan ini dan kami sentiasa berfikiran terbuka mengenainya,” jelasnya kepada media di kem latihan pusat, kelmarin.

Kali terakhir pemain berusia 20 tahun itu menyertai kem latihan pusat ialah ketika bersama pasukan kebangsaan Bawah 19 Tahun pada Ogos 2020.

Skuad B-23 negara bakal mengharungi saingan Piala AFF B-23 bermula 14 Februari ini dan kini sedang menjalani latihan persiapan terakhir.

Dua aksi pemanas badan akan dihadapi skuad muda dengan menentang Sabah FC esok sebelum kembali ke ibu negara berdepan Kuala Lumpur City FC pada 10 Februari.

Skuad B-23 negara bakal mengharungi jadual padat tahun ini dengan empat kejohanan besar menanti mereka iaitu Piala AFF B-23, Sukan SEA 2020, Piala Asia B-23 dan Sukan Asia 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya