Saya sedia mendengar - Dewi Liana Seriestha - Utusan Malaysia

Saya sedia mendengar – Dewi Liana Seriestha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dewi Liana Seriestha mengakui bimbang dengan kes bunuh diri dalam negara yang semakin meningkat dan menjadi-menjadi.

Justeru, bekas ratu cantik Malaysia itu memberitahu dia sedia mendengar luahan mana-mana individu yang berdepan tekanan hidup dan pernah terfikir untuk melakukan tindakan tidak wajar itu.

“Jika anda, atau mana-mana individu yang anda kenal terfikir untuk melakukan tindakan seperti itu, tolong hubungi saya.

“DM saya. Saya sedia mendengar. Jangan bimbang, saya akan rahsiakan luahan anda. Kita laluinya bersama-sama,” tulisnya di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Dewi mengingatkan bahawa cubaan bunuh diri bukan satu gurauan mahupun gangguan mental.

“Ia adalah perasaan untuk menamatkan rasa sakit yang dialami mangsa, bukan menamatkan kehidupan mereka. Saya cukup memahami.

“Berbuat baiklah antara satu sama lain. Kita tidak tahu apa yang dihadapi orang-orang sekeliling kita.

“Berikanlah sedikit kasih sayang dan penghargaan,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya