‘Saya hairan dengan Najib’  - Utusan Malaysia

‘Saya hairan dengan Najib’ 

DAP, Warisan dan Amanah tolak kerjasama dengan MUHYIDDIN YASSIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Sikap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gemar membangkitkan perkara yang telah selesai seperti dalam isu di Sabah tidak membantu ke arah kestabilan kepada negara dan negeri itu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak tahu apa agenda Ahli Parlimen Pekan itu berbuat demikian melainkan dengan niat tertentu yang tidak baik.

Beliau juga hairan dan aneh dengan cara Najib kerana Kerajaan Negeri Sabah telah berjalan dan berfungsi dengan cukup baik ketika ini melalui persefahaman yang terjalin.

“Saya tak tahu dia nak korek apa cerita, saya tak tahu apa muslihat dan matlamat dia (melainkan) kalau tidak ada niat yang jahat.

“Menimbulkan perbalahan ketidakstabilan ini tak membantu negara. Sepatutnya dalam situasi ini dia membantu untuk mewujudkan kestabilan bukan mempersoal perkara yang sudah sah dari segi Perlembagaan negeri dari sudut apa sekali pun.

“Sebab itu di Sabah luar biasa, UMNO ada di sana bersama kita di bawah Gagasan Rakyat Sabah (GRS) jadi saya tak faham dan saya dah jelaskan pendirian dan pandangan kita,” katanya.

NAJIB TUN RAZAK

Semalam, Muhyiddin dalam satu hantaran Facebook menyelar kenyataan Najib yang mendakwa pengkhianatan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi punca Muafakat Nasional (MN) gagal.

Tegas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, dakwaan Najib yang menuduh Bersatu meletakkan calon melawan UMNO dalam PRN Sabah yang kononnya perbuatan khianat kepada UMNO adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, perincian pembahagian kerusi dibincangkan di peringkat jawatankuasa itu dan antara yang terlibat mewakili PN dan Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

Terbaharu, Najib dalam reaksi balasnya meminta agar Muhyiddin tidak memutarbelit keadaan kerana niatnya sudah diketahui dari awal untuk menamakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Najib berkata, UMNO disuruh menyerahkan kerusi kepada Bersatu dan diminta berkempen di kerusi yang dikorbankan itu, namun parti itu pula yang dilantik menjadi Ketua Menteri sedangkan UMNO menang 14 kerusi manakala hanya 11 dimenangi Bersatu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya