Sampaikan fakta, bukti keberkesanan dos penggalak - Utusan Malaysia

Sampaikan fakta, bukti keberkesanan dos penggalak

KEMENTERIAN Kesihatan menjangkakan kes Covid-19 akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang, namun rakyat dinasihatkan jangan panik dan lengkapkan dos penggalak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fakta dan bukti keberkesanan dos penggalak dalam mengekang gelombang penularan kes Covid-19, mesti disampaikan kepada golongan yang terkesan seperti warga emas dalam bentuk yang boleh diterima dan mudah difahami.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Prof. Dr. Mohamed Rusli Abdullah berkata, penerangan di media-media utama dan media sosial perlu dilipatgandakan untuk menarik minat golongan tersebut.

Menurut beliau, langkah itu diperlukan apabila kerajaan dilihat tidak konsisten dan begitu cepat mengubah arahan tentang dos penggalak ini yang pada mulanya dinyatakan hanyalah sukarela tetapi sekarang ini seolah-olah diwajibkan ke atas semua.

“Arahan dilakukan tanpa asas yang kukuh sehingga menyebabkan penurunan kepercayaan terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan. Adalah amat penting untuk kerajaan memulihkan kembali kepercayaan rakyat agar setiap peraturan, tindakan dan langkah yang diambil disokong dan diterima semua.

“Oleh itu, pihak berkuasa perlu mencari alternatif menyampaikan maklumat kepada golongan sasar iaitu warga emas dan penerima Sinovac agar mereka dapat diyakinkan bahawa dos penggalak adalah perlu dalam usaha kerajaan mengekang gelombang Covid-19,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan terdapat kira-kira 3.5 juta penerima vaksin Sinovac dan golongan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas masih belum menerima suntikan dos penggalak.

Mengulas lanjut, Dr. Mohamed Rusli berkata, peningkatan kes positif yang mendadak ketika ini yang disebabkan oleh varian Omicron, dapat dilandaikan dengan cepat sekiranya peratusan rakyat yang mendapat vaksin lengkap termasuk dos penggalak dapat ditingkatkan.

“Keberkesanan dos penggalak dalam mengekang gelombang Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron sudah pasti didasarkan kepada fakta dan data terkini. Setidaknya inilah kepercayaan dan keyakinan yang kita mahu ada pada setiap rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya