Sampah punca air bertakung di jejantas tertinggi Malaysia - Utusan Malaysia

Sampah punca air bertakung di jejantas tertinggi Malaysia

Insiden takungan air di bahagian penghujung jejantas Jalan Bukit Kukus menghala ke Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang, Sabtu lalu yang dirakam oleh kamera litar tertutup MBPP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sampah-sarap dan daun kering dikenal pasti menjadi punca berlakunya insiden takungan air di bahagian penghujung jejantas Jalan Bukit Kukus menghala ke Jalan Tun Sardon, Sabtu lalu.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberitahu, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan segera dan laluan tersebut kini selamat digunakan oleh orang awam.

“Takungan air ini adalah di­sebabkan berlakunya hujan le­bat di kawasan tersebut.

“Siasatan dibuat mendapati terdapat daun-daun kering serta sampah-sarap yang telah menghalang laluan air keluar dari sistem perparitan dengan sempurna,” katanya dalam ke­nyataan di sini semalam.

Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) yang dikenali sebagai jalan berkembar tertinggi di Malaysia de­ngan ketinggian 61.5 meter itu ditakungi air selepas hujan lebat petang kelmarin.

Video berdurasi 10 saat me­ngenai kejadian itu tular di laman sosial dan mendapat kecaman ramai malah ada yang melahirkan kekecewaan apabila projek itu tidak mempunyai sistem saliran yang baik.

MBPP juga berharap orang awam dapat sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya