Sambutan Tahun Baharu Cina pelbagai bangsa selaras semangat Keluarga Malaysia - Utusan Malaysia

Sambutan Tahun Baharu Cina pelbagai bangsa selaras semangat Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun yang disambut pelbagai bangsa melambangkan perpaduan sesama kaum selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Oleh itu Perdana Menteri berkata, beliau berharap tahun ini akan membawa kesejahteraan kepada semua dan merapatkan lagi hubungan sesama kaum di negara ini.

“Selamat Tahun Baharu kepada seluruh masyarakat Tionghoa di seluruh negara.

“Memang setiap tahun (perayaan) Tahun Baharu Cina bukan saja disambut oleh kaum Cina, tetapi seluruh bangsa di Malaysia.

“Dan ini melambangkan perpaduan kita sesama kaum selaras dengan semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan.

“Saya harap tahun ini akan membawa kesejahteraan kepada semua dan hubungan antara kaum dapat terus kita rapatkan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan MCA, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Barusan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Turut hadir sama, Presiden MCA, Datuk Ser Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan dan pimpinan BN yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya