S.I Rajah cari 7,849 pelabur Noradz Travel

S.I Rajah cari 7,849 pelabur Noradz Travel

S.I Rajah ketika hadir di ibu pejabat Media Mulia, Petaling Jaya. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah firma guaman, Tetuan S.I Rajah & Co meminta 7,849 individu dalam kes mengambil deposit secara haram oleh sebuah syarikat bumiputera, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. untuk menghubungi firma itu bagi mendapatkan semula wang pelaburan mereka.

Pemilik Kepunyaan Tunggal, S.I Rajah berkata, sebagai peguamcara, pihaknya mendapat perintah mahkamah untuk membuat bayaran kepada pelabur atau lebih dikenali sebagai Penuntut Pihak Ketiga yang mengekal firma guamannya sebagai Peguamcara secara pro-rata berdasarkan perintah Mahkamah Rayuan. 

“Memandangkan perkara ini belum selesai sejak 14 tahun yang lalu, senarai Penuntut Pihak Ketiga seramai 7,849 orang itu yang tidak diwakili oleh peguam hanya tersedia pada 26 Jun 2021 selepas perintah persetujuan dibuat pada 27 Mei 2021 yang dipersetujui oleh 12 orang peguam-peguam yang hadir untuk Penuntut Pihak Ketiga masing-masing. 

“Oleh itu, nama senarai Penuntut Pihak Ketiga seramai 7,849 orang tersebut tidak dimasukkan dalam perintah persetujuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Untuk rekod, Penuntut Pihak Ketiga yang melabur dalam syarikat bumiputera, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd telah berjaya dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan pada 24 April 2019 terhadap Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Rajah, BNM melalui laman web institusi itu 7,849 Penuntut Pihak Ketiga yang tidak diwakili oleh peguam mengemukakan beberapa dokumen-dokumen kepada ejen mereka, Ferrior Hodgson MH Sdn. Bhd melalui e-mel atau pos. 

Katanya, beberapa dokumen itu meliputi salian kad pengenalan Penuntut Pihak Ketiga, akan bank Penuntut Pihak Ketiga bersama salinan muka depan buku akaun bank atau apa-apa dokumen sokongan yang membuktikan pemilik akaun bank dan alamat terkini Penuntut Pihak Ketiga serta nombor telefon untuk dihubungi.

“Namun, Penuntut Pihak Ketiga mempunyai hak di bawah Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Penuntut Pihak Ketiga mempunyai hak mereka untuk memilih peguam pilihan mereka sendiri. 

“Dengan menggunakan hak ini, Penuntut Pihak Ketiga boleh melantik saya dan firma saya, Tetuan S.I Rajah & Co untuk mewakili anda untuk mendapatkan Tuntutan anda dengan mengatasi syarat-syarat tertentu yang anda dapati ia tidak dapat dipenuhi,” ujarnya. 

Justeru, katanya, Penuntut Pihak Ketiga dikehendaki mengemukakan beberapa dokumen sekiranya ingin melantik beliau dan firmanya untuk mewakili mereka bagi mendapatkan semula tuntutan. 

Katanya, ini kerana BNM akan melucuthakkan wang tersebut kepada Kerajaan Malaysia sekiranya Penuntut Pihak Ketiga tidak tampil untuk mendapatkan tuntutan mereka.

“Dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan resit pelaburan syarikat Noradz Travel & Services Sdn. Bhd, butiran terkini untuk dihubungi seperti alamat, nombor telefon dan alamat e-mel sekiranya ada. 

“Selain itu, waran untuk bertindak bagi anda dan ahli keluarga anda yang perlu hadir di pejabat kami untuk ditandatangani di hadapan kami yang menunjukkan bahawa anda mengekalkan S.I Rajah dan firmanya, Tetuan S.I Rajah untuk mewakili anda dan untuk mematuhi syarat-syarat BNM. 

“Bagi anda yang tidak dapat datang sendiri ke pejabat kami untuk menandatangani waran untuk bertindak, anda dikehendaki mengemukakan waran untuk bertindak yang disokong dengan Akuan Berkanun untuk mengesahkan kandungan yang dinyatakan dalam waran untuk bertindak.

“Sila hubungi pejabat kami di 03-2022 2019 & 03-2022 0209 (Isnin hingga Jumaat, antara 10 pagi hingga 4 petang) untuk menetapkan temujanji kerana firma kami terikat dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam menghadkan bilangan orang yang datang ke pejabat kami,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya