Roketsan mahu bantu Malaysia bangunkan peluru berpandu - Utusan Malaysia

Roketsan mahu bantu Malaysia bangunkan peluru berpandu

KAKITANGAN Roketsan semasa sesi penerangan kepada delegasi media Malaysia mengenai peluang kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan peluru berpandu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
Melaporkan dari Ankara, Turki

ANKARA, Turki: Syarikat pertahanan Turki, Roketsan menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi membangunkan misil sendiri sebagaimana yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Jurucakap Roketsan berkata, beliau yakin dengan potensi tersebut berdasarkan pengalaman Malaysia yang cuba membangunkan sistem misil Taming Sari 98 di bawah program Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride).

“Kami bersedia untuk bekerjasama serta memahami peralatan yang menjadi keperluan. Apa yang penting, kerjasama adalah terbuka. Kami faham apa yang berlaku.

“Ada sebahagian penyelidikan memerlukan penglibatan kerajaan dan industri tempatan serta syarikat pembuatan bagi memastikan segalanya berjalan lancar serta mendapat manfaat sewajarnya,” katanya semasa pertemuan dan sesi lawatan delegasi media di sini semalam.

Peluru berpandu Taming Sari KX98 pernah dipamerkan Stride semasa perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 2007.

Bagaimanapun pembangunan sistem tersebut kini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemerhati pertahanan negara.

Stride atau sebelumnya dikenali sebagai Pusat Teknikal Pertahanan (DTC) diwujudkan pada 1968 bagi membangunkan teknologi pertahanan negara.

Dalam pada itu, jurucakap itu berkata, pihaknya bersedia untuk membekalkan sistem anti kereta kebal Karaok dan peluru berpandu anti kapal Atmaca bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas ATM menyatakan minat untuk memiliki kedua-dua sistem berkenaan bagi kegunaan perkhidmatan itu.

Jelasnya, Roketsan juga yakin mampu memenuhi keperluan berdasarkan kemampuan syarikat yang memiliki teknologi lebih baharu jika dibandingkan dengan syarikat lain.

“Bagaimanapun pihak kami masih menunggu dan melihat bagaimana perkembangan tender perolehan yang akan dibuka nanti. Setakat ini urusniaga masih belum diputuskan dan kami hanya tunggu tender perolehan dibuka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya