PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di Sabah sehingga pukul 2 petang ini.
Menurut agensi tersebut, kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan tempat di negeri itu.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sabah: Kudat (Pitas dan Kudat) sehingga pukul 2 petang, Sabtu, 12 Februari.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas agensi berkenaan dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. –UTUSAN