Remaja pecah rumah siswa kolej swasta dicekup

Remaja pecah rumah siswa kolej swasta dicekup

SEBAHAGIAN barang dicuri suspek dirampas selepas ditahan polis di Kuala Selangor, Selangor, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kelicikan seorang pelajar lelaki melakukan kegiatan pecah rumah secara bersendirian tumpas apabila dicekup polis di sekitar daerah ini, semalam.

Suspek berusia 20 tahun yang juga pelajar Tingkatan 6 sebuah sekolah menengah ditahan bersama kereta dipandunya, kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penahanan remaja itu dilakukan ekoran kes pecah rumah melibatkan pelajar sebuah kolej swasta Taman Warisan di sini, Isnin lalu.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku selepas mangsa menyedari telefon bimbit miliknya hilang di  rumah sewa berkenaan.

“Selain itu, beberapa barangan milik rakan serumah mangsa dilaporkan hilang termasuk dua unit komputer riba. Mangsa yang juga pelajar kolej kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia petang tadi.

Jelas Ramli, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek yang memandu kereta Proton Iswara di Taman Meranti, di sini.

“Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa barangan yang disyaki dicuri ketika pecah rumah. Siasatan lanjut mendapati remaja itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” ujarnya.

 Tambah Ramli, suspek direman  lima hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mengenai tempoh kegiatan haram suspek masih dijalankan ketika ini. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya