Rakyat perlu yakin, benarkan anak-anak divaksin - Mufti - Utusan Malaysia

Rakyat perlu yakin, benarkan anak-anak divaksin – Mufti

MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menjelang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICK Kids) di negeri ini bermula esok, rakyat Kelantan diseru memanfaatkannya dengan membenarkan anak-anak mereka divaksin.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, orang ramai perlu yakin kepada usaha kerajaan untuk membantu rakyat menangani Covid-19 dengan mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan virus itu.

Kata beliau, mereka tidak wajar percaya bulat-bulat kepada pelbagai spekulasi yang disebarkan di media sosial sehingga sanggup mendedahkan anak-anak dengan risiko Covid-19 apabila menolak PICK Kids.

“Dalam hal ini, ibu bapa bukan sahaja perlu yakin dengan usaha kerajaan, malah perlu memberi keyakinan kepada anak-anak supaya menerima suntikan vaksinasi ini demi keselamatan diri masing-masing.

“Kementerian Kesihatan sudah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum menawarkan program vaksinasi ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan Majis Maik Bagi Tahun 2021 di sini hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sebelum ini mengumumkan PICK Kids untuk golongan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun akan diperluaskan di seluruh negeri ini bermula 14 Februari.

Mohamad Shukri berkata, PICK Kids yang sudah pun bermula di beberapa negeri lain lebih awal mendapat sambutan menggalakkan oleh ibu bapa dan beliau berharap sambutan sama diterima di Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya