Rakan sepasukan banyak bantu - Harrif

Rakan sepasukan banyak bantu – Harrif

Harrif
Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh.- TSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh berjaya menduduki tempat kedua Grand Prix Justiniano di Turki, kelmarin.

Pelumba dari Kuala Terengganu itu menamatkan perlumbaan sejauh 155.3 kilometer dari Pazar ke Velo Alanya dengan catatan masa tiga jam 19 minit. Ini untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium.

Tempat pertama menjadi milik pelumba dari Belarus, Karaliok Yauheni (Minsk Cycling Club) manakala Bloem Joun dari Belanda(Abloc CT) ketiga.

Empat lagi pelumba TSG Wan Abdul Rahman Hamdan menamatkan perlumbaan di tempat ke 16, Irwandie Lakasek (82), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (134) dan Mohd Zamri Saleh di tangga (163).

Pada Februari tahun lalu, Harrif yang juga bekas pelumba trek negara itu berjaya memahat sejarah. Ini selepas muncul pelumba pertama Malaysia mengungguli siri Jelajah Eropah pada Grand Prix Velo Manavgat di Turki.

Harrif berkata, kejayaan ini diperolehi hasil bantuan daripada rakan sepasukan. Mereka yang memastikan dia mampu mengekalkan momentum kayuhan seterusnya berjaya menaiki podium pada perlumbaan terbabit.

“Syukur dapat tempat kedua dan rakan sepasukan banyak membantu namun 300 meter terakhir sebelum garisan penamat agak penat juga namun dapat mengekalkan kayuhan untuk tempat kedua.

“Ini (kemenangan) boleh dikatakan sesi pemanas badan untuk saya dalam usaha meningkatkan lagi kualiti kayuhan selepas agak tenggelam pada perlumbaan sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya