STL: Putrajaya Cyborg selesa status ‘underdog’

STL: Putrajaya Cyborg selesa status ‘underdog’

stl
APIT kanan Putrajaya Cyborg, Mohamad Muslim M. Ramli (dua, kiri) melakukan libasan ketika menentang Kelantan Warriors dalam STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.- FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Status ‘underdog’ yang dimiliki oleh Putrajaya Cyborg sering menghadirkan kebimbangan kepada setiap pasukan berdepan dengan mereka dalam aksi Liga Premier, Emas Anuar Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Beberapa kejutan dicipta Putrajaya Cyborg terutama ketika membenam Kuala Lumpur (KL) Thunder, Kelantan Warriors dan beberapa lagi pasukan pilihan sekaligus meletakkan skuad kendalian Zulkarnain Arif menjadi antara pencabar terkuat dengan menghuni tangga ketiga dalam carta liga ketika ini.

Situasi itu meletakkan Penang Black Panthers mengambil sikap waspada berdepan Putrajaya Cyborg pada aksi minggu keenam yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Panji di sini hari ini.

Pengurus Penang Black Panthers Muhammad Azlee Mohd. Mahiudin berkata, kehadiran perejam import dari Thailand Aekkasit Naphom memberikan kelegaan buat pasukan berkenaan menjelang pertemuan itu nanti.

Menurutnya, kehadiran Aekkasit mampu menambah sengat dibahagian serangan pasukan.

“Sudah pastinya kemenangan ke atas ATM Guardians sebelum ini memberikan kemenangan moral yang terbesar untuk kami.

“Jadi saya harap pemain dan dapat meneruskan rentak cemerlang dalam saingan itu nanti,” katanya.

Sementara itu, tekong Putrajaya Cyborg Farid Aziz memberitahu, pasukannya turun tanpa kelibat perejam sensasi Muslim Ramli yang mengalami kecederaan.

Katanya, Putrajaya Cyborg akan tetap turun dengan status ‘underdog’ pada aksi itu nanti.

“Kami difahamkan, Penang Black Panthers akan membariskan Aekkasit namun Cyborg tidak mahu memberikan laluan mudah.

“Apa yang penting, kami akan berusaha untuk mengurangkan kekalahan pada perlawanan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya