PRN Johor: Sekolah menengah tak boleh jadi pusat mengundi 

PRN Johor: Sekolah menengah tak boleh jadi pusat mengundi 

RADZI Jidin berucap ketika menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Warga Pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kota Iskandar, di Hotel Trove Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan tidak membenarkan sekolah menengah di negeri ini dijadikan pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana tarikh pengundian pada 12 Mac bertembung dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara tersebut dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak mempunyai halangan sekiranya premis sekolah rendah diguna pakai sebagai pusat pengundian dalam PRN Johor.

“Saya dapat maklumat semalam bahawa sekolah menengah di negeri ini mungkin digunakan sebagai pusat mengundi PRN Johor akan datang.

“Tetapi kementerianbelum terima permohonan secara rasmi daripada SPR dan kita juga sudah membuat ketetapan bahawa kita tidak mahu sekolah menengah digunakan sebagai pusat mengundi.

“Ini bagi memastikan bukan sahaja guru-guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan SPM, tetapi lebih utama adalah terhadap pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Warga Pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga telah menerima banyak rungutan berhubung perkara itu khususnya daripada guru-guru dan ibu bapa yang mempunyai anak didik bakal menduduki SPM pada bulan Mac ini.

Tambahnya, peperiksaan bertulis SPM 2021 akan dijalankan bermula pada 3 Mac sehingga 29 Mac ini manakala PRN Johor telah ditetapkan pada 12 Mac dengan pengundian awal akan dibuat pada 8 Mac. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN