PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan berpendirian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan kerana kehadiran varian Omicron tidak seteruk varian delta.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memuktamadkan syor SOP dan telah dikemukakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
“Pendirian Kementerian Kesihatan bahawa PRN Johor boleh diteruskan memandangkan varian Omicron tidak seteruk varian Delta, tetapi dengan SOP-SOP diumumkan kelak,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN