Polis marin tahan 39 bot penumpang  - Utusan Malaysia

Polis marin tahan 39 bot penumpang 

PASUKAN Polis Marin Wilayah Satu menahan 39 bot penumpang yang didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen sah, tidak memiliki insurans dan lain-lain kesalahan dalam operasi di sekitar perairan Langkawi, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pasukan Polis Marin Wilayah Satu menahan 39 bot penumpang yang  melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak beroperasi dengan lesen yang sah, tidak memiliki insurans dan lain-lain kesalahan dalam operasi di sekitar perairan Langkawi, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. 

Komander Pasukan Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pihaknya telah menjalankan operasi khas sempena Tahun Baharu Cina bermula 21 Januari sehingga semalam dalam menguatkuasakan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. 

Katanya, sepanjang operasi, Pasukan Polis Marin Wilayah Satu telah membuat beberapa pemeriksaan terhadap bot-bot yang menjalankan aktiviti membawa penumpang di sekitar perairan terbabit. 

“Beberapa kesalahan telah dikesan dilakukan oleh pengusaha antaranya lesen bot telah tamat tempoh, tidak mempunyai sijil kompetensi (C.O.C), tidak memiliki insurans penumpang seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Laut dan lain-lain lagi. 

“Sebanyak 39 bot penumpang yang ditahan kerana melakukan kesalahan tersebut diserahkan kepada Jabatan Laut untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, dalam operasi itu juga Pasukan Polis Marin Wilayah Satu membuat pemeriksaan terhadap bot-bot pukat tunda yang beroperasi di kawasan perairan yang sama dan menahan 52 buah bot. 

Katanya, kesemua bot itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. 

“Kesalahan-kesalahan tersebut adalah seperti menggunakan pekerja asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan, menggunakan bot ikan tanpa permit yang sah atau lesen orang lain. 

“Selain itu, terdapat bot dikesan menjalankan aktiviti penundaan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya. 

Tambahnya, kesemua rampasan dan tahanan bot tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya