Pistons tak gentar, Black Panthers mahu lawan habis-habisan - Utusan Malaysia

Pistons tak gentar, Black Panthers mahu lawan habis-habisan

PENANG Black Panthers sedia membenam Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU:  Penang Black Panthers mahu mempamerkan yang terbaik di hadapan lebih 1,000 penyokongnya yang hadir menyaksikan perlawanan Liga Premier bagi kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Spice Arena, di sini pukul 8 malam ini.

Skuad Harimau Kumbang akan berdepan  Selangor Pistons, yang masing-masing bakal mempertaruhkan ‘ubi muda’ bagi melakar kemenangan berharga sebelum STL melabuhkan tirainya minggu depan.

Bagi pengurus Black Panthers, Mohd. Kyairil Ridzuan Haron, lapan pemainnya kini amat bersedia dan hanya membilang detik perlawanan bermula.

“Kami sudah tidak sabar beraksi di hadapan penyokong-penyokong setia Black Panthers termasuk ada yang sanggup mai (datang) dengan bas.

“Kami nekad menentang habis-habisan pihak lawan dan mensasarkan kedudukan dua pasukan terbaik dalam carta STL.

“Insyallah, kemenangan itu akan menjadi milik kita sekiranya pemain memberi komitmen yang terbaik dalam perlawanan malam ini,” katanya di sini.

MAMPUKAH Selangor menjinakkan Harimau Kumbang malam ini?

Sementara itu, pengendali Selangor Pistons, Syahril Mohd. Rashid pula memberitahu, semestinya ‘duo tekong panjang’ yang menjadi tonggak utama pasukan itu akan dipertaruhkan malam ini.

“Kita perlukan kemenangan dan sudah pastinya misi kami adalah mengumpul dua mata di Pulau Pinang sekali gus berada di lima kelompok terbaik liga.

“Tentunya kami juga tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong tuan rumah malam ini. Kami tidak perlu tertekan dengan jumlah kehadiran yang ramai malah akan dijadikan sebagai pembakar semangat apabila beraksi.

“Kami tidak perlu gentar malah pemain-pemain muda saya juga sudah biasa bertemu dgn mereka (pasukan lawan) sebelum ini,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam, Piston membuat kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Kuala Lumpur Thunder 17-21, 21-11, 21-19 pada perlawanan minggu ketujuh di sini malam semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya