Piala AFF B-23: Aksi Malaysia, Myanmar dibatalkan angkara Covid-19

Piala AFF B-23: Aksi Malaysia, Myanmar dibatalkan angkara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Aksi skuad negara antara Myanmar di Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (Piala AFF) 2022, pukul 5 petang ini terpaksa dibatalkan selepas Myanmar menarik diri daripada kejohanan.

Penarikan diri itu dibuat Persekutuan Bolasepak Myanmar (MFF) susulan komplikasi Covid-19 yang melanda pasukan kendalian Velizar Popov.

Berita itu diumumkan Presiden AFF, Mejar Gen Khiev Sameth menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Dukacitanya dimaklumkan pasukan Myanmar terpaksa menarik diri daripada Kejuaraan B-23 Piala AFF 2022. Kami memahami pasukan sememangnya bersemangat untuk memulakan kempen dan penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan pasukan masing-masing.

“Namun atas dasar kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terbabit, kami faham keputusan yang terpaksa diambil.

“Kami mendoakan mereka yang dijangkiti dapat sembuh dengan segera,” kata Khiev Sameth.

Pandemik Covid-19 turut menjejaskan pasukan  Malaysia apabila skuad bawah 23 tahun (B-23) negara terpaksa melepaskan seorang lagi pemain, Shafi Azswad Sapari terpaksa ‘direhatkan’ apabila didapati positif Covid-19 sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja, semalam.

Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDTII) itu yang dipanggil bagi menggantikan Fahmi Daniel Zaaim sebelum ini dijangkiti virus tersebut menerima nasib sama sekali gus menyaksikan skuad negara kehilangan khidmat dua pemain itu bagi kejohanan itu.

Situasi itu menyaksikan pengendalinya, Brad Maloney memiliki 27 pemain untuk diturunkan, namun dia optimis pemain yang ada ketika ini cukup untuk menggalas tugas bagi mengharungi kejohanan terbabit.

“Dia (Shafi) meninggalkan Kuala Lumpur secara negatif tetapi di Kemboja, dia didapati positif, jadi dia terus dibawa ke fasiliti kuarantin. Fahmi pula berada dalam keadaan yang baik dan tiada simptom selain berada dalam semangat yang tinggi.

“Sudah tentu ia sesuatu yang mengecewakan apabila kita tidak dapat menggunakan khidmat mereka. Jumlah pemain dalam skuad pun berkurangan tetapi kita perlu hadapi situasi ini,” kata Maloney. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya