PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan iaitu 71 kes berbanding semalam, 81 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan peningkatan, 138 kes berbanding semalam, 135 kes.
Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 13,944 kes positif terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 10,957 kes sekali gus mengatasi 5,421 kes sembuh.
“Sebanyak 73 kes bersamaan 0.5 peratus daripada 13,944 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.
“Bakinya, sebanyak 13,871 kes bersamaan 99.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 375 kluster berbanding semalam, 366 kluster.
Katanya, bagi kluster Covid-19 pula merekodkan peningkatan kepada 17 kluster berbanding semalam, 10 kluster.
“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,526 kluster.
“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,151 kluster berbanding semalam, 6,143 kluster,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan sebanyak sembilan kes bersamaan rekod semalam.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,043 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak dua daripada sembilan kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,466 kes.-UTUSAN ONLINE