Pesakit Covid-19 di ICU terus meningkat - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 di ICU terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 78 kes berbanding semalam, 71 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan peningkatan, 143 kes berbanding semalam, 138 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 17,134 kes positif terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 13,944 kes sekali gus mengatasi 5,681 kes sembuh.

“Sebanyak 86 kes bersamaan 0.5 peratus daripada 17,134 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima. Bakinya, sebanyak 17,048 kes bersamaan 99.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 385 kluster berbanding semalam, 375 kluster.

Katanya, bagi kluster Covid-19 pula merekodkan penurunan kepada 15 kluster berbanding semalam, 17 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,541 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,156 kluster berbanding semalam, 6,151 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 13 kes berbanding semalam, sembilan kes. Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,056 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tiga daripada 13 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,469 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya