Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor jelajah tingkat cakna pengundi - Utusan Malaysia

Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor jelajah tingkat cakna pengundi

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor menjalankan siri jelajah ke seluruh Parlimen dalam negeri ini bagi memberi kesedaran kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, khususnya golongan muda Melayu.

Presidennya, Datuk Abd. Rahman Yunos berkata, siri jelajah selama 10 hari itu dibahagikan kepada lapan zon bermula pada 19 Januari lalu.

“Tujuan siri jelajah ini bagi memberi kesedaran kepada pengundi Melayu terutama golongan muda supaya tidak tersalah memilih calon pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Golongan muda khususnya perlu memilih calon yang memperjuangkan dan menyatupadukan orang Melayu serta Islam. Sasaran kita pengundi golongan muda dan kita tidak sentuh parti tapi tekankan kepentingan bangsa Melayu dan Islam.

“Pertubuhan ini juga tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Abd. Rahman, dalam jelajah diadakan, pihaknya menjelaskan seruan dan kata-kata pejuang Melayu, Datuk Onn Jaafar supaya bangsa itu bersatu-padu dan mengelak perpecahan kerana hanya akan melemahkan sesama sendiri.

“Datuk Onn juga berkata apabila Melayu lemah, ekonomi mereka akan lemah, orang Melayu juga akan mendapati sukar untuk mengekalkan kedudukan sebagai bumiputera,” katanya.

Tambah beliau, usaha itu merupakan antara perjuangan pertubuhan itu dalam membela orang Melayu khususnya dalam kalangan orang muda.

“Saya berharap semangat ini dapat dikongsi dan diperkembangkan kepada lebih ramai orang Melayu kerana perpaduan Melayu penting bagi menjamin kesejahteraan negara dan rakyatnya,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya